entri ikhlas dari hati

asalamualaikum

waktu pagi-pagi mcam ni nak kata idea untuk taip entri panjang2 ? mintak maaf jelaa .. idea banyak nak taip .. tapi bila nak taip ja lupa habis .. itu lumrah manusia ... 

berbalik kepada tajuk asal entri ... ENTRI IKHLAS DARI HATI .. asal selama ni tak pernah ikhlas ka cik supi ? haha nope .. sebelum ni ikhlas .. tapi yg ni paling n tersangatlah ikhlas dari hati wahai sayangku sekalian ... 

*perlu ke nak bebel kat sini wahai cik supi ..


okay jom sambung entri ...

setiap manusia ada perasaan ingin mencintai dan dicintai kan ? siapa yang taknak perasaan yang sangat indah .. tapi kadang kala akan membuatkan kita kecewa , sakit hati , menangis tungging buyung .. its normal bila kita sayangkan seseorang tu ... 

Hidup adalah untuk diuji . Ujian itu tidak akan ada hentinya . Selagi kita diuji , selagi itulah kita masih hidup . Jadi bersyukurlah … Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah . Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya . Pada ujian sakit , Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya . Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…


Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 


Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.



Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah kata2 Allah di sebalik segala ujian. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.



Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”


Tanpa melalut jauh lagi ..

Im fall in love with u AMIRFAHMI .. 

Perasaan suka , sayang , cinta .. bukan perkara yang boleh main-main .. kita perlu ikhlas dalam memberi komitmen dalam perhubungan .. tak kira la pasangan kita busy or not ... kita yang tak busy ni perlu care terhadap pasangan kita .. haa kot-kot la pasangan kita terjatuh hati dekat perempuan yang selalu ambil berat tentang dia ..


Cinta..
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat dan lakukan, kalau boleh kita mahu si dia mengetahuinya. Kita juga berusaha sedaya kuat mungkin untuk tidak mahu sakitkan hati si dia.
Cinta juga membawa suatu perasaan yang mendalam terhadap si dia dan kalau boleh mahu hidup semati bersama dengannya.


Sayang..
Kita memerlukan si dia pada masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayang akan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Segala masalah dapat diceritakan dan kalau boleh diselesaikan bersama.
Suka..
Kita suka akan dia kerana dia seorang yang baik budi pekerti. Dia pandai menjaga aurat dan batas pergaulan. Kalau boleh kita ingin sahaja terus mahu memiliki si dia secara halal.
Minat..
Ada sesuatu pada dirinya yang menarik minat kita untuk mendekatinya. Harta, paras rupa atau budi dirinya? Itulah minat sebenar terhadap seseorang insan.

start dengan story ....

amirfahmi bin badrulzaman .. the person that i love so much ... bukan senang nak jaga si pami ni .. susah nyee lahai .. tambah pulak pami ni busy dengan keja .. dah la keja jauh .. tak pa .. asalkan awak pandai jaga diri sudah .. and jangan lupa ingat supi kat sini ...

kadang-kadang pami selalu text aku .. kadang-kadang langsung tak .. tapi takpa .. aku cuba untuk paham pami .. aku kadang-kadang malas nak text si pami time dia keja .. sebab apa ? sebab aku cuba untuk tak ganggu dia time kerja .. WORK IS WORK . PERSONAL IS PERSONAL .. segalanya aku cuba sebab aku betul-betul ikhlas sayangkan dia ...

bukan senang nak senang .. kita perlu sembahyang dan minta doa .. itulah jalan yang terbaik ... kadang kala aku menangis .. menangis sebab rasa diabaikan .. tapi aku kuat .. aku cuba untuk paham .. aku selalu berdoa agar diri aku sabar dan tabah ... tabah dalam menghadapi ujian Allah ...

Selalu aku berdoa dalam solat supaya umurku panjang agar aku boleh bahagia dan hidup dengan pami ... setiap kali solat inilah doa aku ... dan aku sentiasa berdoa agar Allah panjangkan hubunganku dengan amirfahmi ... hidup ni perlu banyak bersabar ...

sufi perempuan .. perempuan yang ceria penuh dengan gelak ketawa .. tapi bila ada masalah .. sufi akan menangis .. menangis sesungguhnya ... normal perempuan memang macam tu ... perempuan dilahirkan dengan sifat lemah lembut ... sebab tu hatinya mudah menangis ...

insyallah fahmi .. sufi akan cuba jadi yang terbaik untuk fahmi walaupun sufi tak sempurna ... cukuplah sekadar sufi bgtau yg sufi betul2 ikhlas dengan fahmi ... 

fahmi ada cakap .. dia suka makan kek .. yeaahh !! dan sufi pun gigih belajar buat kek .. semuanya sufi buat ikhlas sebab nak fahmi rasa bahagia dengan sufi .. sufi dah taktau nak tunjukkan rasa sayang sufi dekat fahmi .. mungkin dengan cara tu fahmi akan faham ... sufi nak fahmi bahagia dengan sufi walaupun kita jauh ...

apa yang fahmi buat sufi akan cuba faham ... sekarang dah jarang otp tapi now fahmi selalu text sufi .. dah tak terkata happy bila dapat text dari someone yg kita sayang .. bahagia sgt2 walaupun text tu just cakap ily ... memang terharuu .. thanks fahmi ...

mungkin Allah dah makbulkan doa sufi .. sufi mengaku yang sufi ni kadang2 lalai ... lupa pada Allah tapi sekarang sufi akan cuba perbaiki kelemahan sufi tu .. sufi akan cuba solat 5 waktu ... Allah tidak pernah jemu mendengar doa hambanya .. cuma lambat atau cepat ja doa tu akan dimakbulkan ..

sebenarnya susah sikit nak faham perangai si fahmi ni .. dia ni peliks sikit .. taktau nak explain macam mana .. haha .. btw iloveyousyg ... 

sufi tak kisah kalau fahmi tak pandai pujuk or sweet2 macam lelaki lain .. sufi bersyukur sebab dapat fahmi ... sufi akan terima kekurangan fahmi dan masa silam fahmi ... semua orang pernah buat silap kan ...

okay lah .. it already 4:30 am .. i wanna sleep .. right now i miss you badly ... sebab tu sufi tulis entri ni ... iloveyoutothemoonandback !




No comments:

Post a Comment